tts all 4 now..
"Hingga hujung Nyawa..."
"there’s a truth behind a cry and there’s a cry behind a lie on every thought that come out wrong just learn from it and please stay strong"
tts all 4 now..
"Hingga hujung Nyawa..."
pergi taman lagi!!!!!!
PaPa in e mood for jogging...hehheheh...
kali ni g adeq tido dlm kete jer...
sampai ke destinasi adeq pun jaga... antara riak wajah selamba muhammad aniq abdullah waktu baru bangun tido..sama x muka adeq dengan PaPanya....?
n3 kali ni up pic aku, HuBBy n aDeQ aje..ekcli pic KaKaK ada tp aku x rotate so aku malas ler nak ejas lg..lg pun pic KaKaK dah byk sgt dlm n3 yg lepas2 kan..
so..
tts all 4 now..
"Hingga hujung Nyawa..."
cam biasa ler kakak kalo di suruh pose..meliuk lentok ler posing nyer..
"hingga hujung nyawa"
ni lagi fav aku temanya sama cam yg kat atas tp watak yg lain sket..papa dah interchange tempat dgn mama..tp aksi kakak tetap ler sama..tersengih cam kerang busuk...
another kakaks action..suka sgt sbb dapat riba adeq..
alamak..aku dah tersangat ler ngantuknya ni...esok plak ler hapdet story yg 2 ari lepas..k chow... ..
"hingga hujung nyawa"
sebab duit la semua ni jadi..semua berpunca dari duit..sebab duit keluarga di pecah belah..sebab duit semua pun nak ungkit..mula lah semua salah pun di korek..tak dapat yg relevan, yg tak masuk akal pun boleh jadi alasan..ikut sukalah..Allah ciptakan manusia lengkap dengan akal fikiran..gunakan lah kurniaan Allah tu sebaik2nya..
manusia memang macam tu..yang orang nampak kita taat suruhan Allah..solat 5 waktu tak tinggal..berwirid bertasbih basah bibir..tapi adakah hati kita, tutur kata kita seiring dengan perbuatan kita tu..contoh paling senang kita khususnya org pompuan..bertudung..pakaian tutup aurat..solat tak tinggal kecuali uzur ler..TETAPI..
bila balik rumah..berkumpul dgn keluarga atau berjumpa kawan2..siap le buka cerita..abis le semua cerita keluar..org tu gini gini gini..dia tu camni camni camni..MENGUMPAT!!!..org pompuan kalo pasal menganyam ketupat..memang cukup handal..siap ada shape lain lagi..tokok tambah here and there bg sedap citer..betul kan?
cuba track back everyday life korang..betul tak..tak banyak sikit mesti ada sesi mengumpat dalam sehari kan..pahala solat ari ni - dosa mengumpat ari ni - dosa2 kecik lain yang tak sedar = 0 markah utk hari ni..esok lak kita ulang benda yg sama jugak..version lain la skit kot..tp benuuopp..(oooppsss ni kakak taip..) tp bendanya sama..menambahkan dosa...
kita komplen org tu org ni..tapi kita x sedar kita pun bukan sempurna jugak..kita x suka orang cakap besar tapi kita x perasan yg kita pun cakap lg besar dr org tu..banyak perkara yg x seimbang langsung dengan amal ibadat kita seharian..semua tu kita x sedar pun. ataupun sengaja buat x sedar sbb dah terbiasa hidup macam tu...
aku x kata aku sempurna..aku pun termasuk dlm golongan tu jugak..buat dosa tanpa sedar..jadi jom ler kita sama2 renung..sama2 fikir..dan insyaallah sama2 berubah..
"hingga hujung nyawa"
assalamualaikum wbt... "Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah, dan aku naik saksi Muhammad itu pesuruh Allah" Demi Allah segala yg akan kalian baca sekejap nnt adalah perkara yg sebenarnya berlaku. takde tokok tambah utk bg sedap cerita ke..x wujud penipuan atau pun konspirasi utk menjatuhkan sesiapa..sebelum meneruskan bicara, kepada sesiapa yg berkenaan Ieda minta maaf kalo ada sesetengah perkataan atau part yg mungkin akan menyakitkan hati sesiapa. tapi sakit hati atau tak kene la teruskan juga membaca sampai habis kalau nak tau kebenarannya. ssebelum entry ni di taip, aku habiskan satu mlm dok fikir kewajaran aku amik keputusan mendedahkan apa yg terbuku di hati selama ni..dan pagi td akhirnya keputusan nekad telah di ambil utk mengelakkan luka yg selama ni aku cuba rawat sendiri bernanah dan membusuk... Along, selama ni ieda diam dan terima je apa aje yg korang cakap dan buat..sbb prinsip ieda berdiam diri dan mendengar lebih baik dari byk bercakap tp apa yg di cakapkan tu menyakitkan perasaan org. skang ni ieda rasa dah sampai masanya ieda luahkan apa yg ieda simpan dan tanggung sorang2 selama ni. selama ni ieda simpan sorang aje along..nak cite kat mak or adik beradik ieda malu..nak cite kat kawan, x sepatutnya perkara family cite kat org luar plak kan..mau x mau terpaksa ler simpan sendiri..menangis sendiri..tenangkan diri sendiri.. x sangka plak berpunca dr kereta TU rosak x hidup (yg sebenarnya kete tu abis myk je tp meter x show apa2 sbb tu x hidup..sengal..) jd benda ni berpanjangan sampai ieda kene perbetulkan byk benda yg selama ni korang salah sangka..mmg ieda x tau langsung yg jumaat masa amir g umah makngah tu dia mintak duit dgn abah..kalau x terbaca mesej tu mmg x tau sampai sudah.. so di sebabkan dr tindakan ala-ala anak manja amir tu gak ler sebenarnya awal bulan sebelum balik pekan nak repair kete tu ieda n dia bergaduh besar..(dah ada yg senyum sumbing tu...)..marah betul ieda..camne la x marah along..ieda ni kan isteri dia..apa hal plak ieda leh x tau benda penting camtu..g mintak duit x bincang dgn isteri..dah la duit x dpt..dpt plak ceramah yg dah semestinya intipati ceramah tu benda ni punca dari ieda.. sudah lah tu..dia x bincang pun dgn ieda pasal camne nak selesaikan masalah rumahtangga kami..patut ke gitu?mana hak ieda sebagai isteri?dia bincang dgn along..dgn huda..pasal nak jual kete apa seme..ieda ni siapa?..korang adik beradik sepakat ketepikan ieda. nafikan hak ieda sbg isteri. cuba along duduk kat tempat ieda. apa perasaan along?..ok bila dah sampai pekan ari tu marah ieda reda la sikit2..berjaya lg menenangkan diri sendiri...tgl bekas2 je la..sbb tujuan balik pekan nak repair kete. dia nak repair sendiri. si isteri ni mesti la nak bg semangat suami ni nak berusaha sendiri. jd ieda tolak tepi dulu perasaan sendiri sbb nak gembirakan suami. nnt x leh lak dia nak tumpu repair kete kalo ieda marah dia lg..akhirnya berjaya dia repair kete.dgn bantuan adik2 lelaki ieda yg tolong free of charge. sebelum ni pun dah 2 kali dia buat sesuatu x bincang dgn ieda. yg mula2 pasal kad kredit. org tu call offer apa tah. masa tu ieda kat umah mak time sakit tu. dia x faham, dia pass kat huda. apa ni ?..kalau berkaitan dgn kad kredit sepatutnya rujuk la ieda dulu..!!! ieda x fasih cakap omputih sefasih huda tp ieda faham setiap butir apa yg di tulis or cakap in english tu..dah maghrib baru dia call bg tau ieda. tp just nak bgtau yg org tu call..dia suh huda translate.translatenya lebih kurang gini la dr yg dia cite tu.org tu offer kad lain yg akan gabungkan semua kad kredit yg dia ada.kiranya bayar kat satu tempat je.tp utk permulaan kene bayar rm599 dan akan dpt free 3hari 2mlm ke mana2 destinasi pilihan.dia pun terima offer org tu dan bg no kad n segala info..masya allah..ieda cuba nak suarakan ketakpuasan hati..tp dia marah ieda semula..dia kata ieda x puas hati kat huda..ah lantak ler.. 2 minggu lepas tu kot..kebetulan g kontan berdua je ngan amir nak bayar duit kete apa seme..singgah umah nak collect apa yg patut dlm postbox.pastu amir kata org kurier airpack call suh amik barang.so g ler collect.beso semacam jer bendanya. bukak2..tgk..ler..seme brochure cintai travel agent..ada 2 buku kupon..list hotel yg joint..bla bla bla..member card..dan yg paling penting sekali..SLIP CHARGE KAD KREDIT MAYBANK BERJUMLAH RM599.00.."eh..bila abg apply ni?" ieda tya amir gitu ler..memula tu dia diam..mikir kot.."oo..yg fax ke pajabat huda tu..",...rupa2 nya kami telah tertipu dengan begitu mudah sekali..yg paling best tu RM599 dah tentu kene bayar kat Maybank...ya tuhan...rm599 melayang utk benda yg paling x perlu dlm hidup..KAD DISKAUN MELANCONG..BERSAMA KUPON2 KE DESTINASI LUAR NEGARA yg tunggu kami jd jutawan baru leh pegi..sebenarnya xde istilah diskaun atau kupon sbb kupon tu dah di bayar dgn RM599 tu!!! itu lah akibatnya meminggirkan isteri..jadi utk apa dia beria2 marah bila ieda x puas hati dia tya huda tu? UTK RM599 YG HANGUS? cuba la fikir...cuba fikir...cuba fikir... KISAH DI SEBALIK TU6681 ni plak perkara sebenar berkenaan TU6681. ieda kene bgtau sbb selalu sgt dgr antara korang yg cakap "tu la..dulu awak x bagi abah pakai"..memang ler x lama lepas dpt cbw tu kete TU mak ieda pakai. SILA AMBIL PERHATIAN!!! MAK BAYAR ANSURAN KETE TU RM310 TIAP2 BULAN TANPA GAGAL selama dia gunakan kete tu. lepas tu amir kata ali nak sambung bayo kete tu.ali nak bayo rm2000 kalu x silap.lupa dah.ke rm1000 camtu lah..mula2 ieda x setuju sbb mak dah elok bayo..tp amir beria nak jual kat ali terpaksa ler tebal muka cakap kat mak kete tu nak jual kat ali. mujur la mak ni jenis cool..x macam sesetengah org tu..tp sebelum bg kat ali tu ieda dah siap taip 2 copy agreement utk apa2 hal belakang hari. ingat lg hari raya.masa g beraya umah ali.dia janji nak bayo.kiranya nak suh sign agreement tu terus la..pastu masa nak balik dia hulur angpow."aku bg byk ni dulu ye"....tgk isi...rm300?..wtf? x leh nak kata apa ler..urusan amir dgn ali.ieda cakap kat amir suh ali sign agreement. amir kata x yah ler...sapa nak jawab? dlm sebulan 2 pastu bank call. x bayo 2 bulan.call ali dia kata nnt dia bayo..pastu korang pun tau kan cite dari sini...sampai ler masa nak amik kete tu kat stor KL. ieda tau dia nak amik. tp ieda x ler desak dia suh amik ke sbb tau kene guna duit byk. ieda pun x tau dia bincang dgn org2 pantai pasal duit. masa dia cakap nak bw mami g pejabat pos amik duit pun x tau lg.dia ajak g bank ptg tu baru tau.sekali lg ieda di ketepikan..x per..rilek lg... bila kete dah balik..itu ini bla bla bla...satu hari dia kata nak anto moto balik pekan ler..pelik gak ngapa..dah tu nnt nak bw kakak jln ptg2 camne?senyap ler kat situ..ye la ieda kan x tau apa2...sampai satu hari dia sibuk suruh fuad bw balik moto tu sbb moto along rosak dia kata.along nak pinjam dia kata. ok ler ieda ni bukan kedekut sgt kalo dah bukan harta ieda pun.. sampai ler masa nak bayo kete..TU n CBW..masa tu baru tau selama ni CBW short sikit tiap kali bayo.x perasan dah kene bayo lebih.so bincang2 terkeluar ler idea dr ieda "apa kata kita jual moto CBJ tu?" memula dia senyap..pastu dia kata dah tya kedai ari tu kedai nak 1800 je.." x pe la sekurang2nya dpt gak duit kan," dia diam lg.."dah tu along nak guna motor mana?"dia tya..masa tu baru la ieda sedar..korek korek tya itu ini dapat ler jawapan YE KOT...rupanya perjanjian korang moto tu sebagai imbalan duit tebus kete TU.sabo je ler.. bukan x bg tp kenapa ler seme org nak rahsiakan dari ieda..IEDA PUN ADA HAK JUGA ALONG...hak utk tau..di ajak bincang sama.. ok ler lantak ler pasal moto tu..dah x boleh buat apa dah.. IEDA TAK NAK PINDAH KUANTAN!!! yg ni plak kisah sebenar pasal pindah ni sbb along tya amir kan jawab sejujur-jujurnya ieda nak x pindah kerteh..TOLONG LA AMBIL PERHATIAN semua..dari awal mengandungkan kakak lg ieda dah cakap x payah ler pindah kuantan. tp amir desak juga suh taip surat leh kata tiap minggu. alasan surat mmg ler..isteri sy sedang sakit dan menerima rawatan di HTAA.realitinya amir yg beria nak pindah sbb nak dekat dgn keluarga..senang nnt jd apa2..memula ieda bantah sebab x nak jd perkara yg tgh jadi skang ler along...tapi dia ugut plak ieda kalo gitu jom kita pindah BINTULU sana nak..menangis plak awak x dpt balik raya nnt..sampai gitu dia ugut..dah gitu ieda pun ye je la..ha ikut ler kehendak dia..beria la mencari rumah..kebetulan umah cu ni kosong..so dok la sini..masa tu korang suka hati ler kan sbb amir pindah dekat.. tp bila jadi gini x sangka pulak tetiba ieda jadi ORANG YG DESAK PINDAH KUANTAN.. terima kasih la sebab bagi award ni kat ieda.. mmm..letih dah taip ni...ada lagi sebenarnya..tp nak rehat dulu ler..so tunggu next post utk luahan seterusnya... "hingga hujung nyawa"
Contohi sikap penyabar PM Oleh ROHANI IBRAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 9 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan golongan suami supaya mencontohi kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi kebahagiaan rumah tangga. Beliau berkata, sebagai seorang isteri, wanita dan ibu, beliau kagum dengan kesabaran yang dimiliki Perdana Menteri. "Saya tidak pernah tengok orang sabar macam dia. Jadi saya harap semua suami akan ikut perangai Najib."Insya-Allah rumah tangga akan bahagia," katanya selepas melancarkan buku Najib Perdana Menteri Keenam di Wisma Pertahanan di sini hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis serta Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Dalam ucapan ringkas yang diselang-seli dengan nada berseloroh, Rosmah memberitahu bahawa beliau adakalanya merungut dan meluahkan isi hati apabila suaminya itu berjalan laju atau ketika terlalu sibuk dengan urusan kerja. Namun katanya, Perdana Menteri tetap tenang dan tidak hilang sabar. Kata beliau, Najib sentiasa mendengar keluhan dan pandangannya tanpa sedikitpun menunjukkan sebarang emosi. Tambah Rosmah, suami adalah tempat isteri mengadu dan meluahkan keluhan maka berilah ruang secukupnya kepada isteri. Katanya, itulah nasihat beliau kepada para suami supaya tetap memberi layanan yang baik kepada isteri mereka biarpun berdepan dengan kesibukan dan tekanan kerja.''Saya harap bacalah buku ini untuk mengetahuinya (kesabaran Najib),'' katanya. Penulis buku tersebut, Noor Asmah Mohd Nawawi berkata, beliau dan suaminya, Yusof Harun mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan buku tersebut dan mula dicetak sebelum persidangan UMNO Mac lepas. "Kami membuat kajian dan berdasarkan fakta-fakta serta menemu ramah rakan-rakan beliau. "Kami tidak menemu ramah beliau sendiri atau isteri beliau kerana kami mahu mendapatkan maklumat daripada orang yang dekat dengan beliau," katanya. Buku setebal 700 halaman itu mengandungi 19 bab bermula dengan legasi Tun Razak. Turut dimuatkan ialah koleksi ucapan Najib dalam pelbagai majlis ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan koleksi pelbagai gambar. Noor Asmah berkata, pada masa ini sejumlah 3,000 naskhah edisi terhad dicetak. "Saya masih belum memutuskan di mana untuk memasarkan buku ini," katanya yang juga seorang peguam dan bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Perak. ******************************* sumber dr Utusan Malaysia Online 10 Jun 2009 / 16 Jamadil Akhir 1430 P/S : hmmmm...sweet n lovely rupanya PM kita ni...kepada penyokong2 PM tu harap contohilah peribadi PM yg ni..jangan asyik bercakap jer bertagar-tagar cam tong kosong..
today is tuesday.so yesterday is monday lah. but my n3 today is about SUNDAY!!!!!
adik demam..kakak lak papa kata cam nenek kebayan..he he
minggu akhir lak berjalan cam biasa ler..kakak dgn kenakalan dia..adik dgn kemajuannya..dah boleh niarap yey yey..
aksi2 spontan kakak..gambo byk noise sbb guna cam cikai aku je..w660i..he he