pondok kecil saya

ini pondok kecil aku..aku suka hang out kat sini..cakap apa yg aku suka dgn sesiapa yg aku suka..har har har...so kalo ada yg nak terwek bila baca cerita2 aku ni tolong wek jauh2 yer...suka hati aku la aku nak citer apa kan...pondok aku...kalo x suka syoh..syoh..pi maen jauh jauh nu..tp mekasih byk2 ler pada yg sudi hinggap kat pondok aku ni..jenguk2 ler sekali pondok aku yg mee segera kat SINUN yer...klik sini or sinun..

KELIK KELIK KELIK

Monday, June 29, 2009

:: CeRiTa 8P Ustazah Siti Nurbahyah ::

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
kata aku plak:yezza..x luak pun kalo di puji sket pasangan kita tu..even isteri masak termasin ke, puji n tegur 2in1..contoh ayat; "mmm..sedapnya ayang masak..nnt wat lg yek..tp kalo leh nnt kurangkan sket garam ye..abang takut kene darah tinggi ler.."alahai sejuk ler hati isteri yg mendengarnya..jgn plak anda terus bubuh;"yang..garam tumpah ker tadi..masin nak mampus..mati selera abang..". sedihnya isteri yg susah payah di dapur menumbuk bagai, semata2 nak jaga tembolok suami, tp suami cakap lepas ikut sedap mulut jer...kalo suami korang badan berbau ker..cakap ler;"abang..badan abg ada bau sket ler..nnt mandi ayang tolong scrub badan abg yer..."he he..tentu dan tu gak suami korang capai towel ajak mandi..
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
kata aku plak:..peluk ler time nak g keje..balik keje..x kira ler bila2 pun, takut apa? bukan ke korang dah nikah?jgn plak masa berdating dulu pantang lepa nak peluk..tp bila anak dah berderet susun paku..hampeh..cuit pun idak..
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
kata aku plak: x semestinya hadiah nak kene yg mahal..asalkan namanya pemberian tu hadiah ler..ikut kemampuan kita ler..jgn plak tunggu birthday or anniversary baru nak bg hadiah..kalo out station ke..kursus ke..tempat keje jauh dr rumah ke..belikan ler cenderamata tanda anda ingat si dia walau berjauhan..ala..barang cokia pun x kisah..jgn plak tunggu si dia pesan suruh beli baru beli, itupun kalau ingat nak beli..n jangan plak tanya2 si dia nak apa..belikan aje..kain batik or pelikat yg rm10 pun jadi dah..
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
kata aku plak: perhatian kat sini bukan ler perhatian yg minta call hari2..bw jalan hari2..or apa2 yg over tu..cukup ler setakat sesekali sms kalo time keje tu, tya le dah makan lum..masak apa ari ni ke..anak2 nakal ker?..something like that ler..kalo dah nampak si dia asik terbersin ke..muka nampak pucat ke..cepat2 ler tolong picitkan bahu dia ke..tengkuk dia ke..sambil tu tya la.."ayang ok ker?larat ke nak masak?ayang pegi rest dulu yer..nnt kita pi klinik.."
jangan plak tunggu si dia dah melepek x larat jalan..sakit2 badan..baru nak bw ke klinik..itu pun sebab si dia yg mintak di bawa ke klinik..
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
kata aku plak: yg ni aku rasa semua pun tau..wajib ada persefahaman..kalo xder persefahaman mau melayang periuk belanga..dah asyik selisih faham jer..sbb tu sebelum kawin kenal dulu hati budi..jgn tengok muka lawa terus ajak kawin..
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. kata aku plak : ha'ah..betul tu..kadang2 kita x perasan yg pergaulan kita tu dah terlebey sudah..selalunya si suami la kerap buat silap ni..pada dia kawan aje..tp cara melayan..menjaga hati suda lebey dari isteri sendiri..pompuan mana yg x terangkat kalo lelaki layan dia seperti seorang gentleman..lama2 tentu kawan pompuan dia tu akan salah anggap dan jatuh hati..kan dah susah..pada aku pompuan susah nak layan lelaki lain lebih dari suami sendiri..sebab pompuan bila dah sah jer jd isteri org, terus dia akan setia sampai hujung nyawa..
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. kata aku plak : aku pun tgh merancang nak bercuti..tp skang dah start keje lak..rest day aku weekend jer..tp percutian berdua aje tu mmg penting..x yah pegi jauh2 pun..keluar sket dari daerah korang duduk pun ok dah..janji percutian tu merehatkan..melegakan..senang cite honeymoon semula ler..menghangatkan semula hubungan..2 hari pun dah cukup..lama2 sgt nnt rindu plak kat anak kan..he he..
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. kata aku plak : berdoa lah x kira masa..x semestinya waktu lepas solat jer..kan byk waktu2 yg doa kita di makbulkan allah..
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat" terima kasih pada penghantar emel ni..kawan aku merangkap majikan aku masa kat kerteh..kak jue..Siti Juliana Jaafar..

0 oRg Yg PuJi/kUtUk:

Blog Widget by LinkWithin