pondok kecil saya

ini pondok kecil aku..aku suka hang out kat sini..cakap apa yg aku suka dgn sesiapa yg aku suka..har har har...so kalo ada yg nak terwek bila baca cerita2 aku ni tolong wek jauh2 yer...suka hati aku la aku nak citer apa kan...pondok aku...kalo x suka syoh..syoh..pi maen jauh jauh nu..tp mekasih byk2 ler pada yg sudi hinggap kat pondok aku ni..jenguk2 ler sekali pondok aku yg mee segera kat SINUN yer...klik sini or sinun..

KELIK KELIK KELIK

Showing posts with label nasihatku.... Show all posts
Showing posts with label nasihatku.... Show all posts

Monday, June 15, 2009

KITA MANUSIA BIASA..

duit oh duit..

sebab duit la semua ni jadi..semua berpunca dari duit..sebab duit keluarga di pecah belah..sebab duit semua pun nak ungkit..mula lah semua salah pun di korek..tak dapat yg relevan, yg tak masuk akal pun boleh jadi alasan..ikut sukalah..Allah ciptakan manusia lengkap dengan akal fikiran..gunakan lah kurniaan Allah tu sebaik2nya..

manusia memang macam tu..yang orang nampak kita taat suruhan Allah..solat 5 waktu tak tinggal..berwirid bertasbih basah bibir..tapi adakah hati kita, tutur kata kita seiring dengan perbuatan kita tu..contoh paling senang kita khususnya org pompuan..bertudung..pakaian tutup aurat..solat tak tinggal kecuali uzur ler..TETAPI..

bila balik rumah..berkumpul dgn keluarga atau berjumpa kawan2..siap le buka cerita..abis le semua cerita keluar..org tu gini gini gini..dia tu camni camni camni..MENGUMPAT!!!..org pompuan kalo pasal menganyam ketupat..memang cukup handal..siap ada shape lain lagi..tokok tambah here and there bg sedap citer..betul kan?

cuba track back everyday life korang..betul tak..tak banyak sikit mesti ada sesi mengumpat dalam sehari kan..pahala solat ari ni - dosa mengumpat ari ni - dosa2 kecik lain yang tak sedar = 0 markah utk hari ni..esok lak kita ulang benda yg sama jugak..version lain la skit kot..tp benuuopp..(oooppsss ni kakak taip..) tp bendanya sama..menambahkan dosa...

kita komplen org tu org ni..tapi kita x sedar kita pun bukan sempurna jugak..kita x suka orang cakap besar tapi kita x perasan yg kita pun cakap lg besar dr org tu..banyak perkara yg x seimbang langsung dengan amal ibadat kita seharian..semua tu kita x sedar pun. ataupun sengaja buat x sedar sbb dah terbiasa hidup macam tu...

aku x kata aku sempurna..aku pun termasuk dlm golongan tu jugak..buat dosa tanpa sedar..jadi jom ler kita sama2 renung..sama2 fikir..dan insyaallah sama2 berubah..

"hingga hujung nyawa"

Wednesday, June 10, 2009

NOTA PENTING..TOLONG LA BACA...

Contohi sikap penyabar PM Oleh ROHANI IBRAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 9 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan golongan suami supaya mencontohi kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi kebahagiaan rumah tangga. Beliau berkata, sebagai seorang isteri, wanita dan ibu, beliau kagum dengan kesabaran yang dimiliki Perdana Menteri. "Saya tidak pernah tengok orang sabar macam dia. Jadi saya harap semua suami akan ikut perangai Najib."Insya-Allah rumah tangga akan bahagia," katanya selepas melancarkan buku Najib Perdana Menteri Keenam di Wisma Pertahanan di sini hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis serta Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Dalam ucapan ringkas yang diselang-seli dengan nada berseloroh, Rosmah memberitahu bahawa beliau adakalanya merungut dan meluahkan isi hati apabila suaminya itu berjalan laju atau ketika terlalu sibuk dengan urusan kerja. Namun katanya, Perdana Menteri tetap tenang dan tidak hilang sabar. Kata beliau, Najib sentiasa mendengar keluhan dan pandangannya tanpa sedikitpun menunjukkan sebarang emosi. Tambah Rosmah, suami adalah tempat isteri mengadu dan meluahkan keluhan maka berilah ruang secukupnya kepada isteri. Katanya, itulah nasihat beliau kepada para suami supaya tetap memberi layanan yang baik kepada isteri mereka biarpun berdepan dengan kesibukan dan tekanan kerja.''Saya harap bacalah buku ini untuk mengetahuinya (kesabaran Najib),'' katanya. Penulis buku tersebut, Noor Asmah Mohd Nawawi berkata, beliau dan suaminya, Yusof Harun mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan buku tersebut dan mula dicetak sebelum persidangan UMNO Mac lepas. "Kami membuat kajian dan berdasarkan fakta-fakta serta menemu ramah rakan-rakan beliau. "Kami tidak menemu ramah beliau sendiri atau isteri beliau kerana kami mahu mendapatkan maklumat daripada orang yang dekat dengan beliau," katanya. Buku setebal 700 halaman itu mengandungi 19 bab bermula dengan legasi Tun Razak. Turut dimuatkan ialah koleksi ucapan Najib dalam pelbagai majlis ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan koleksi pelbagai gambar. Noor Asmah berkata, pada masa ini sejumlah 3,000 naskhah edisi terhad dicetak. "Saya masih belum memutuskan di mana untuk memasarkan buku ini," katanya yang juga seorang peguam dan bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Perak. ******************************* sumber dr Utusan Malaysia Online 10 Jun 2009 / 16 Jamadil Akhir 1430 P/S : hmmmm...sweet n lovely rupanya PM kita ni...kepada penyokong2 PM tu harap contohilah peribadi PM yg ni..jangan asyik bercakap jer bertagar-tagar cam tong kosong..

Sunday, May 24, 2009

within and between us..a gentle reminder..

salam pagi minggu buat pelawat setia blog TCL.. heheh..pagi pagian lg aku dah tercongok kat depan 'kekasih gelapku' ini...nama dia Ace.. selain hubby yg tercinta Ace adalah peneman setia susah dan senang..cuma Ace bukan teman tidur aku heheheh..sorry Ace..U R mine but i'm not yours..sebagaimana org lain aku x kan share kekasih aku dgn org lain. btw ada ke wanita yg sanggup share kekasih dia dgn some1 else???hmmm...aku bukan kedekut, even theres a quiz yg aku amik dlm facebook cakap aku ni Hj Bakhil..tp semestinya aku x suka share my Ace dgn org lain walau sekejap. speaking of sharing... aku nak kongsi satu perkara yg pada aku amat penting dalam sesebuah hubungan. terutamanya hubungan yg di meterai oleh akad yg sah yakni hubungan suami isteri.. semua pun tau hawa adalah dari rusuk kiri Adam..Isteri adalah anugerah kepada suami. sudah tertulis mmg jodoh si polan dgn si polan. so wahai kawan2..perkahwinan anda dan suami anda bukanlah satu kesilapan. walaupun mungkin ada antara kita yg pada asalnya bukan berkahwin atas dasar suka sama suka.tp yg aku tau seme sahabat2 aku married based on love!!! sebagai suami isteri seharusnya kita berkongsi susah dan senang.berkongsi pendapat. berkongsi dlm apa sahaja perkara walau sebesar hama. aku x nafikan bg sesetengah pasangan yg kedua2nya berkerjaya mungkin ada yg mengamalkan dasar 'duit u duit i juga, but my money not yours too' hi hi.. sahabatku para pelawat blog ni.. memang betul suami sebagai ketua keluarga..tp itu x bermakna semua keputusan terletak di tangan suami. bawa lah berbincang dgn isteri sebelum membuat apa2 keputusan. mungkin pandangan isterimu itu membawa kebaikan. dalam apa sahaja perkara yg melibatkan rumahtangga anda janganlah membelakangkan isteri. utamakan isteri anda. jangan pula anda minta pendapat ibu, bapa, adik, kakak mahupun rakan anda berhubung hal pengurusan rumahtangga anda. boleh..bukan x boleh langsung..tp utamakan isteri anda..pastikan isteri atau suami anda adalah org pertama mendapat khabar dr anda. lupakah anda yg isterimu itu rusukmu??? cuba bayangkan bagaimana lukanya perasaan isteri sekiranya sesuatu perkara atau keputusan itu di ambil tanpa mempertimbangkan pendapat isteri. sahabatku para isteri dan bakal isteri..begitu juga halnya dgn kita..jgn ketepikan suami..minta pendapatnya sebelum buat apa2 yg melibatkan hal ehwal rumahtangga. sahabatku yg rapat dgn abang, adik atau sepupu hatta rakan baik pula..peringatan utk anda..mungkin tindakan mereka meminta pendapat anda akan membawa kocak pada tenangnya air rumahtangga mereka. gunakan akal fikiran anda dengan bijak. mungkin anda adalah sedarah dan sedaging peminta pendapat, but always put yourself in others shoe..fikirkanlah perasaan si isteri atau si suami itu nanti..mungkin keputusan dari pendapat anda itu sesuatu yg tepat tetapi apakah perasaan si suami atau isteri itu bila tau yg dia di ketepikan dari proses yg sepatutnya melibatkan dirinya. dlm erti kata lain..seolah-olah pasangannya tidak percaya padanya atau merendahkannya sehingga dirinya di ketepikan..bagaimana pula jika pendapat anda itu membawa kepada keputusan yg silap..tidak rasa bersalahkah anda? x rugi pun kalau anda bertanya dulu pada peminta pendapat sudahkah dia merujuk perkara itu kpd pasangannya dahulu sebelum meminta pendapat anda. sebagaimana korang sahabatku pelawat semua..aku pun isteri dan kakak kepada adik2ku..hubungan antara aku dan adik2 aku memang rapat sampai kadang2 depa x malu minta pendapat utk improve hubungan depa..yg sensored ler..he he..aku sebagai kakak pulak dah jd habit aku mesti nak tya adik aku dulu "awk dah tya bini awk ke pasal ni,dia ok ke ?" ataupun "laki awk tau x awk betau aku pasal ni?". itu ler soalan lazim aku. mesti aku tya sbb aku x nak di sebabkan pendapat aku tu nnt adik aku cakap balik kat aku camni:"ni awk punya pasal la.kalo aku x tya awk tentu bini aku x marah." tentu korang seme pun x nak kene gitu kan.so as a gentle reminder..always thinking outside e box. fikirkan buruk dan baiknya. apa natijahnya. sebenarnya pendapat dan peringatan aku ni di sokong oleh satu situasi yg di alami oleh seorang sahabat aku. mungkin juga pernah terjadi pada korang kot. nnt aku ceritakan dlm next post. la ni aku di landa perasaan yg mengantuk teramat sgt. mlm td x cukup tido anak teruna meragam.

Blog Widget by LinkWithin