pondok kecil saya

ini pondok kecil aku..aku suka hang out kat sini..cakap apa yg aku suka dgn sesiapa yg aku suka..har har har...so kalo ada yg nak terwek bila baca cerita2 aku ni tolong wek jauh2 yer...suka hati aku la aku nak citer apa kan...pondok aku...kalo x suka syoh..syoh..pi maen jauh jauh nu..tp mekasih byk2 ler pada yg sudi hinggap kat pondok aku ni..jenguk2 ler sekali pondok aku yg mee segera kat SINUN yer...klik sini or sinun..

KELIK KELIK KELIK

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Friday, July 10, 2009

:: CERITA SEBUAH BELOG DOT DOT DOT ::

td aku jalan2 kat blogmalaysia, terjumpa ler satu blog ni..mrslingerie ..boleh kata blog ni khusus utk org2 yg dah bergelar suami atau isteri saje.. dia jual baju tido seksi beb.. kat blog dia ni xde 'catalog', cuma ada info pasal stok baru or info2 berguna pasal hal ehwal rumahtangga n isu2 semasa.. aku kesian gak kat empunya blog tu sbb dlm previous n3 dia ada citer yg blog dia x di terima kat forum2 yg dia try nak iklankan produk dia..udah ler x di terima..siap bg amaran lagi..kesian betul..moderator x terima sbb ada gambo seksi kot..dah namanya pun jual lingerie sexy.camne nak bg x sexy ? yg penting blog dia bukan blog lucah tau... tabah lah menghadapi dugaan yer..dlm dugaan tu uols nak tau..blog dia ada yg dok top5 kat google search tau.. :: info lebih tepat sila lawat blog dia :: tp sebenarnya kalo korang merayap betul2 kat belog dia nih..banyak info berguna tau..antaranya post dia cam yg kat bawah ni.. :: mekasih sbb bg izin letak kat pondok buruk saya ::

Sunday, July 5, 2009 Kucup isteri sebelum meninggalkan rumah Pernahkah anda sebagai suami mengucup dahi atau pipi isteri sebelum meninggalkan rumah untuk ke pejabat atau out station? Rasanya masa mula-mula kahwin dulu, ada kot. Tapi sekarang ? Kalau yang amalkan begitu hingga sekarang, baguslah. Yang mana dah lama tinggalkan atau tak pernah buat tu, bolehlah cuba. Kenapa nak malu pulak. Isteri sendiri kan. Setiap pagi sebelum suami meninggalkan rumah saya akan bersalam dan cium tangan suami, lepas tu dia akan cium pipi kiri dan kanan. Tak rasa kekok sebab memang kami amalkan sejak mula kahwin dulu. Saya pernah dengar ceramah dari Ustaz Ismail Kamus, setiap kali suami meninggalkan isteri untuk pergi bekerja, ampunkan isteri tu dari segala kesalahan semalam, dan begitulah hari-hari berikutnya. Insyaallah isteri tu akan setia. Begitu juga suami, insyaallah isteri akan ingat selalu. Jangan tinggalkan rumah dengan muka yang masam atau simpan perasaan yang tidak puas hati, apatah lagi merajuk. Selamat mencuba. Jangan malu , nanti bila dah biasa, tak kan ada lagi rasa malu tu. Insyaallah Love mrslingerie Posted by Seksi - mrslingerie at 8:06 PM

Monday, June 29, 2009

:: CeRiTa 8P Ustazah Siti Nurbahyah ::

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
kata aku plak:yezza..x luak pun kalo di puji sket pasangan kita tu..even isteri masak termasin ke, puji n tegur 2in1..contoh ayat; "mmm..sedapnya ayang masak..nnt wat lg yek..tp kalo leh nnt kurangkan sket garam ye..abang takut kene darah tinggi ler.."alahai sejuk ler hati isteri yg mendengarnya..jgn plak anda terus bubuh;"yang..garam tumpah ker tadi..masin nak mampus..mati selera abang..". sedihnya isteri yg susah payah di dapur menumbuk bagai, semata2 nak jaga tembolok suami, tp suami cakap lepas ikut sedap mulut jer...kalo suami korang badan berbau ker..cakap ler;"abang..badan abg ada bau sket ler..nnt mandi ayang tolong scrub badan abg yer..."he he..tentu dan tu gak suami korang capai towel ajak mandi..
2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
kata aku plak:..peluk ler time nak g keje..balik keje..x kira ler bila2 pun, takut apa? bukan ke korang dah nikah?jgn plak masa berdating dulu pantang lepa nak peluk..tp bila anak dah berderet susun paku..hampeh..cuit pun idak..
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
kata aku plak: x semestinya hadiah nak kene yg mahal..asalkan namanya pemberian tu hadiah ler..ikut kemampuan kita ler..jgn plak tunggu birthday or anniversary baru nak bg hadiah..kalo out station ke..kursus ke..tempat keje jauh dr rumah ke..belikan ler cenderamata tanda anda ingat si dia walau berjauhan..ala..barang cokia pun x kisah..jgn plak tunggu si dia pesan suruh beli baru beli, itupun kalau ingat nak beli..n jangan plak tanya2 si dia nak apa..belikan aje..kain batik or pelikat yg rm10 pun jadi dah..
4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
kata aku plak: perhatian kat sini bukan ler perhatian yg minta call hari2..bw jalan hari2..or apa2 yg over tu..cukup ler setakat sesekali sms kalo time keje tu, tya le dah makan lum..masak apa ari ni ke..anak2 nakal ker?..something like that ler..kalo dah nampak si dia asik terbersin ke..muka nampak pucat ke..cepat2 ler tolong picitkan bahu dia ke..tengkuk dia ke..sambil tu tya la.."ayang ok ker?larat ke nak masak?ayang pegi rest dulu yer..nnt kita pi klinik.."
jangan plak tunggu si dia dah melepek x larat jalan..sakit2 badan..baru nak bw ke klinik..itu pun sebab si dia yg mintak di bawa ke klinik..
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
kata aku plak: yg ni aku rasa semua pun tau..wajib ada persefahaman..kalo xder persefahaman mau melayang periuk belanga..dah asyik selisih faham jer..sbb tu sebelum kawin kenal dulu hati budi..jgn tengok muka lawa terus ajak kawin..
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. kata aku plak : ha'ah..betul tu..kadang2 kita x perasan yg pergaulan kita tu dah terlebey sudah..selalunya si suami la kerap buat silap ni..pada dia kawan aje..tp cara melayan..menjaga hati suda lebey dari isteri sendiri..pompuan mana yg x terangkat kalo lelaki layan dia seperti seorang gentleman..lama2 tentu kawan pompuan dia tu akan salah anggap dan jatuh hati..kan dah susah..pada aku pompuan susah nak layan lelaki lain lebih dari suami sendiri..sebab pompuan bila dah sah jer jd isteri org, terus dia akan setia sampai hujung nyawa..
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. kata aku plak : aku pun tgh merancang nak bercuti..tp skang dah start keje lak..rest day aku weekend jer..tp percutian berdua aje tu mmg penting..x yah pegi jauh2 pun..keluar sket dari daerah korang duduk pun ok dah..janji percutian tu merehatkan..melegakan..senang cite honeymoon semula ler..menghangatkan semula hubungan..2 hari pun dah cukup..lama2 sgt nnt rindu plak kat anak kan..he he..
8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. kata aku plak : berdoa lah x kira masa..x semestinya waktu lepas solat jer..kan byk waktu2 yg doa kita di makbulkan allah..
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.
"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat" terima kasih pada penghantar emel ni..kawan aku merangkap majikan aku masa kat kerteh..kak jue..Siti Juliana Jaafar..

Blog Widget by LinkWithin