pondok kecil saya

ini pondok kecil aku..aku suka hang out kat sini..cakap apa yg aku suka dgn sesiapa yg aku suka..har har har...so kalo ada yg nak terwek bila baca cerita2 aku ni tolong wek jauh2 yer...suka hati aku la aku nak citer apa kan...pondok aku...kalo x suka syoh..syoh..pi maen jauh jauh nu..tp mekasih byk2 ler pada yg sudi hinggap kat pondok aku ni..jenguk2 ler sekali pondok aku yg mee segera kat SINUN yer...klik sini or sinun..

KELIK KELIK KELIK

Wednesday, June 10, 2009

NOTA PENTING..TOLONG LA BACA...

Contohi sikap penyabar PM Oleh ROHANI IBRAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 9 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihatkan golongan suami supaya mencontohi kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi kebahagiaan rumah tangga. Beliau berkata, sebagai seorang isteri, wanita dan ibu, beliau kagum dengan kesabaran yang dimiliki Perdana Menteri. "Saya tidak pernah tengok orang sabar macam dia. Jadi saya harap semua suami akan ikut perangai Najib."Insya-Allah rumah tangga akan bahagia," katanya selepas melancarkan buku Najib Perdana Menteri Keenam di Wisma Pertahanan di sini hari ini. Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis serta Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Dalam ucapan ringkas yang diselang-seli dengan nada berseloroh, Rosmah memberitahu bahawa beliau adakalanya merungut dan meluahkan isi hati apabila suaminya itu berjalan laju atau ketika terlalu sibuk dengan urusan kerja. Namun katanya, Perdana Menteri tetap tenang dan tidak hilang sabar. Kata beliau, Najib sentiasa mendengar keluhan dan pandangannya tanpa sedikitpun menunjukkan sebarang emosi. Tambah Rosmah, suami adalah tempat isteri mengadu dan meluahkan keluhan maka berilah ruang secukupnya kepada isteri. Katanya, itulah nasihat beliau kepada para suami supaya tetap memberi layanan yang baik kepada isteri mereka biarpun berdepan dengan kesibukan dan tekanan kerja.''Saya harap bacalah buku ini untuk mengetahuinya (kesabaran Najib),'' katanya. Penulis buku tersebut, Noor Asmah Mohd Nawawi berkata, beliau dan suaminya, Yusof Harun mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan buku tersebut dan mula dicetak sebelum persidangan UMNO Mac lepas. "Kami membuat kajian dan berdasarkan fakta-fakta serta menemu ramah rakan-rakan beliau. "Kami tidak menemu ramah beliau sendiri atau isteri beliau kerana kami mahu mendapatkan maklumat daripada orang yang dekat dengan beliau," katanya. Buku setebal 700 halaman itu mengandungi 19 bab bermula dengan legasi Tun Razak. Turut dimuatkan ialah koleksi ucapan Najib dalam pelbagai majlis ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan koleksi pelbagai gambar. Noor Asmah berkata, pada masa ini sejumlah 3,000 naskhah edisi terhad dicetak. "Saya masih belum memutuskan di mana untuk memasarkan buku ini," katanya yang juga seorang peguam dan bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Perak. ******************************* sumber dr Utusan Malaysia Online 10 Jun 2009 / 16 Jamadil Akhir 1430 P/S : hmmmm...sweet n lovely rupanya PM kita ni...kepada penyokong2 PM tu harap contohilah peribadi PM yg ni..jangan asyik bercakap jer bertagar-tagar cam tong kosong..

0 oRg Yg PuJi/kUtUk:

Blog Widget by LinkWithin