td aku jalan2 kat blogmalaysia, terjumpa ler satu blog ni..mrslingerie ..boleh kata blog ni khusus utk org2 yg dah bergelar suami atau isteri saje.. dia jual baju tido seksi beb.. kat blog dia ni xde 'catalog', cuma ada info pasal stok baru or info2 berguna pasal hal ehwal rumahtangga n isu2 semasa..
aku kesian gak kat empunya blog tu sbb dlm previous n3 dia ada citer yg blog dia x di terima kat forum2 yg dia try nak iklankan produk dia..udah ler x di terima..siap bg amaran lagi..kesian betul..moderator x terima sbb ada gambo seksi kot..dah namanya pun jual lingerie sexy.camne nak bg x sexy ? yg penting blog dia bukan blog lucah tau...
tabah lah menghadapi dugaan yer..dlm dugaan tu uols nak tau..blog dia ada yg dok top5 kat google search tau.. :: info lebih tepat sila lawat blog dia ::
tp sebenarnya kalo korang merayap betul2 kat belog dia nih..banyak info berguna tau..antaranya post dia cam yg kat bawah ni.. :: mekasih sbb bg izin letak kat pondok buruk saya ::
pondok kecil saya
ini pondok kecil aku..aku suka hang out kat sini..cakap apa yg aku suka dgn sesiapa yg aku suka..har har har...so kalo ada yg nak terwek bila baca cerita2 aku ni tolong wek jauh2 yer...suka hati aku la aku nak citer apa kan...pondok aku...kalo x suka syoh..syoh..pi maen jauh jauh nu..tp mekasih byk2 ler pada yg sudi hinggap kat pondok aku ni..jenguk2 ler sekali pondok aku yg mee segera kat SINUN yer...klik sini or sinun..
KELIK KELIK KELIK
Friday, July 10, 2009
:: CERITA SEBUAH BELOG DOT DOT DOT ::
cAtAtAn oLeH @mied@ pada lebih kurang 12:06 AMSunday, July 5, 2009
Kucup isteri sebelum meninggalkan rumah
Pernahkah anda sebagai suami mengucup dahi atau pipi isteri sebelum meninggalkan rumah untuk ke pejabat atau out station? Rasanya masa mula-mula kahwin dulu, ada kot. Tapi sekarang ?
Kalau yang amalkan begitu hingga sekarang, baguslah. Yang mana dah lama tinggalkan atau tak pernah buat tu, bolehlah cuba. Kenapa nak malu pulak. Isteri sendiri kan.
Setiap pagi sebelum suami meninggalkan rumah saya akan bersalam dan cium tangan suami, lepas tu dia akan cium pipi kiri dan kanan. Tak rasa kekok sebab memang kami amalkan sejak mula kahwin dulu.
Saya pernah dengar ceramah dari Ustaz Ismail Kamus, setiap kali suami meninggalkan isteri untuk pergi bekerja, ampunkan isteri tu dari segala kesalahan semalam, dan begitulah hari-hari berikutnya. Insyaallah isteri tu akan setia. Begitu juga suami, insyaallah isteri akan ingat selalu.
Jangan tinggalkan rumah dengan muka yang masam atau simpan perasaan yang tidak puas hati, apatah lagi merajuk.
Selamat mencuba. Jangan malu , nanti bila dah biasa, tak kan ada lagi rasa malu tu. Insyaallah
Love
mrslingerie
Posted by Seksi - mrslingerie at 8:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 oRg Yg PuJi/kUtUk:
Post a Comment