pondok kecil saya

ini pondok kecil aku..aku suka hang out kat sini..cakap apa yg aku suka dgn sesiapa yg aku suka..har har har...so kalo ada yg nak terwek bila baca cerita2 aku ni tolong wek jauh2 yer...suka hati aku la aku nak citer apa kan...pondok aku...kalo x suka syoh..syoh..pi maen jauh jauh nu..tp mekasih byk2 ler pada yg sudi hinggap kat pondok aku ni..jenguk2 ler sekali pondok aku yg mee segera kat SINUN yer...klik sini or sinun..

KELIK KELIK KELIK

Sunday, May 24, 2009

within and between us..a gentle reminder..

salam pagi minggu buat pelawat setia blog TCL.. heheh..pagi pagian lg aku dah tercongok kat depan 'kekasih gelapku' ini...nama dia Ace.. selain hubby yg tercinta Ace adalah peneman setia susah dan senang..cuma Ace bukan teman tidur aku heheheh..sorry Ace..U R mine but i'm not yours..sebagaimana org lain aku x kan share kekasih aku dgn org lain. btw ada ke wanita yg sanggup share kekasih dia dgn some1 else???hmmm...aku bukan kedekut, even theres a quiz yg aku amik dlm facebook cakap aku ni Hj Bakhil..tp semestinya aku x suka share my Ace dgn org lain walau sekejap. speaking of sharing... aku nak kongsi satu perkara yg pada aku amat penting dalam sesebuah hubungan. terutamanya hubungan yg di meterai oleh akad yg sah yakni hubungan suami isteri.. semua pun tau hawa adalah dari rusuk kiri Adam..Isteri adalah anugerah kepada suami. sudah tertulis mmg jodoh si polan dgn si polan. so wahai kawan2..perkahwinan anda dan suami anda bukanlah satu kesilapan. walaupun mungkin ada antara kita yg pada asalnya bukan berkahwin atas dasar suka sama suka.tp yg aku tau seme sahabat2 aku married based on love!!! sebagai suami isteri seharusnya kita berkongsi susah dan senang.berkongsi pendapat. berkongsi dlm apa sahaja perkara walau sebesar hama. aku x nafikan bg sesetengah pasangan yg kedua2nya berkerjaya mungkin ada yg mengamalkan dasar 'duit u duit i juga, but my money not yours too' hi hi.. sahabatku para pelawat blog ni.. memang betul suami sebagai ketua keluarga..tp itu x bermakna semua keputusan terletak di tangan suami. bawa lah berbincang dgn isteri sebelum membuat apa2 keputusan. mungkin pandangan isterimu itu membawa kebaikan. dalam apa sahaja perkara yg melibatkan rumahtangga anda janganlah membelakangkan isteri. utamakan isteri anda. jangan pula anda minta pendapat ibu, bapa, adik, kakak mahupun rakan anda berhubung hal pengurusan rumahtangga anda. boleh..bukan x boleh langsung..tp utamakan isteri anda..pastikan isteri atau suami anda adalah org pertama mendapat khabar dr anda. lupakah anda yg isterimu itu rusukmu??? cuba bayangkan bagaimana lukanya perasaan isteri sekiranya sesuatu perkara atau keputusan itu di ambil tanpa mempertimbangkan pendapat isteri. sahabatku para isteri dan bakal isteri..begitu juga halnya dgn kita..jgn ketepikan suami..minta pendapatnya sebelum buat apa2 yg melibatkan hal ehwal rumahtangga. sahabatku yg rapat dgn abang, adik atau sepupu hatta rakan baik pula..peringatan utk anda..mungkin tindakan mereka meminta pendapat anda akan membawa kocak pada tenangnya air rumahtangga mereka. gunakan akal fikiran anda dengan bijak. mungkin anda adalah sedarah dan sedaging peminta pendapat, but always put yourself in others shoe..fikirkanlah perasaan si isteri atau si suami itu nanti..mungkin keputusan dari pendapat anda itu sesuatu yg tepat tetapi apakah perasaan si suami atau isteri itu bila tau yg dia di ketepikan dari proses yg sepatutnya melibatkan dirinya. dlm erti kata lain..seolah-olah pasangannya tidak percaya padanya atau merendahkannya sehingga dirinya di ketepikan..bagaimana pula jika pendapat anda itu membawa kepada keputusan yg silap..tidak rasa bersalahkah anda? x rugi pun kalau anda bertanya dulu pada peminta pendapat sudahkah dia merujuk perkara itu kpd pasangannya dahulu sebelum meminta pendapat anda. sebagaimana korang sahabatku pelawat semua..aku pun isteri dan kakak kepada adik2ku..hubungan antara aku dan adik2 aku memang rapat sampai kadang2 depa x malu minta pendapat utk improve hubungan depa..yg sensored ler..he he..aku sebagai kakak pulak dah jd habit aku mesti nak tya adik aku dulu "awk dah tya bini awk ke pasal ni,dia ok ke ?" ataupun "laki awk tau x awk betau aku pasal ni?". itu ler soalan lazim aku. mesti aku tya sbb aku x nak di sebabkan pendapat aku tu nnt adik aku cakap balik kat aku camni:"ni awk punya pasal la.kalo aku x tya awk tentu bini aku x marah." tentu korang seme pun x nak kene gitu kan.so as a gentle reminder..always thinking outside e box. fikirkan buruk dan baiknya. apa natijahnya. sebenarnya pendapat dan peringatan aku ni di sokong oleh satu situasi yg di alami oleh seorang sahabat aku. mungkin juga pernah terjadi pada korang kot. nnt aku ceritakan dlm next post. la ni aku di landa perasaan yg mengantuk teramat sgt. mlm td x cukup tido anak teruna meragam.

2 oRg Yg PuJi/kUtUk:

Unknown said...

wah wah..nasihat yg berguna ..thanks buddy

@mied@ said...

untuk kebaikan semua kak elly..

Blog Widget by LinkWithin